Wednesday, July 18, 2018

Ayam Pandan Thai Istimewa



Makanan ala Thai sememangnya enak. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia cukup sukakannya. Mana tidaknya, masakan Thai sangat sebati dengan citarasa rakyat Malaysia yang sukakan rasa masam dan pedas yang ada pada makanan Thai. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita mempunyai versi masakan ayam pandan Thai kita sendiri.

Bahan-Bahan
  • 400 g daging ayam (bahagian dada)
  • 18 – 20 helai daun pandan
  • Lidi
  • Minyak

Bahan Perap
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
  • 1/2 sudu besar halia (dicincang)
  • 2 sudu besar santan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan Sos
  • 160g gula melaka
  • 100ml cuka
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 1/2 sudu teh bawang putih (dicincang)
  • 5 – 6 cili padi (hiris halus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh bijan, (tumis darat hingga wangi)

Cara-Cara
  1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan-bahan perap. Perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5-6 bungkus sekali) selama  4-5 minit.
  4. Angkat, toskan dan letak atas tisu dan biar minyak lebihan terserap.
  5. Untuk sos,  cairkan gula melaka dengan sedikit air dan tapis. vi. Masukkan semua bahan-bahan sos lain kecuali bijan.
  6. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula.
  7. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan.

Saturday, March 24, 2018

RESEPI ITIK GORENG PANDAN

ITIK GORENG PANDAN
 

Resepi ni mudah sangat dan sedap.  Tak ramai yang suka makan daging itik ni. Tapi ini adalah antara menu hidangan yang membuka selera sekeluarga.  Dalam sebulan tu mesti ada menu ni. Anda juga boleh mencubanya. Tersangatlah mudah...

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor itik (dilayur utk membuang anak2 bulunya, dipotong dan dibersihkan & direndam air limau lebih kurang 3 minit dan ditoskan)
  • garam (ikut keperluan)
  • serbuk kunyit (ikut keperluan)
  • beberapa helai daun pandan (lagi banyak lg bagus sbb lbh aroma)
  • minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
  1. Gaulkan daging itik yg tlh ditoskan tadi dengan garam dan kunyit secukup rasa. Perapkan sebentar.
  2. Panaskan minyak.  Masukkan daun pandan diikuti dengan daging itik tadi. Biarkan daging itik tersebut beralas daun pandan di dalam kuali tersebut. Jika inginkan lebih aroma boleh letakkan lebihan daun pandan diatasnya pula.
  3. Goreng hingga masak dan hidangkan.
TIPS :
  • Jika anda suka berempah, boleh masukkan biji ketumbar dan sedikit jintan manis.
  • Boleh juga digunakan teknik membakar (BBQ)

RESEPI SAMBAL IKAN KELI

SAMBAL IKAN KELI


Makan dengan nasi panas2 memang sedap ni ....

BAHANNYA:-

Bahan A:-
  • 5 ekor ikan keli saiz sedang
  • garam secukupnya
  • kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • segenggam asam jawa
Bahan B:-
  • 20 - 30 tangkai cili kering (kurangkan jika tak mahu pedas)
  • 1 inci belacan ( boleh dibakar dahulu jika suka)
  • sedikit air untuk mengisar
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1 labu bawang besar di hiris2
  • gula secukupnya
  • garam
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
CARANYA:-

Langkah A:-
  1. Ikan keli yang sudah dibersihkan dengan air biasa digaul dan direndam sebentar lebih kurang 20minit dengan campuran air, asam jawa dan garam. Campuran ini sebaiknya jangan terlalu cair dan banyak. Cukup untuk merendam ikan.
  2. Setelah itu bersihkan ikan dibawah aliran air.
  3. Kelar badan ikan secara menyerong berlawanan dengan panjang badan ikan. Setelah dikelar potong ikan kepada beberapa bahagian ikut kesukaan anda. (Ada juga yang terus menggoreng seekor2)
  4. Perap ikan dengan garam dan kunyit.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga habis.
TIPS:-   Kadangkala ikan yang digoreng akan meletup2. Biasanya saya akan letakkan beberapa keping asam keping kedalam minyak gorengan tersebut.

Langkah B:-
  • Kisarkan cili kering dan belacan bersama sedikit air.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau sekali sekali sehingga minyak timbul.
  • Masukkan gula. (teknik ini akan membuatkan sambal berbau lebih wangi dan warna lebih cantik)
  • Masukkan air asam jawa dan garam secukupnya dan kacau.
  • Masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan ratakan kuah sambal kepada ikan. Sedia untuk dihidang.
TIPS:-  Bagi yang suka gunakan santan boleh masukkan santan. Penggunaan air asam bukan sahaja mengurangkan kolesterol malah masakan tahan lebih lama dan rasa pedas sambal yang lebih sedap.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahannya simpel saja : Beberapa ekor ketam, santan, garam, daun limau purut, serai (dititik) , sedikit serbuk
 kunyit jika suka dan sedikit minyak
Ketam dicuci bersih, bahagian sepit diketuk agar kulitnya retak supaya senang apabila hendak makan nanti. Cengkerangnya boleh dibuka dan badan ketam boleh dipotong dua jika anda suka.
  Bagi saya, saya suka masak seekor terus.
Anak-anak suka macam tu...
Bahan kisar : bawang, beberapa cili padi dan cili besar,sedikit halia muda

Tumiskan hirisan bawang bila minyak panas. Bila berbau wangi @ bawang kekuningan tuangkan bahan kisar. Masukkan serai yang dititik dan daun limau purut. Kacau rata sehingga minyak timbul dipermukaan (pecah minyak).
 
Tuangkan santan. Jika boleh jangan terlalu cair (pada saya tak sedap kalau cair)
 
Masukkan ketam dan garam secukup rasa.
Bila dah didih dan ketam tu masak
bolehlah dihidangkan.

RESEPI DAGING GORENG KICAP

DAGING GORENG KICAP

SIMPLE DAN SEDAP ... menjadi menu kesukaan kanak2. Antara paling cepat dan mudah disediakan.

BAHANNYA:-
  • 1/2 kilo daging (dihiris nipis)
  • 6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
  • 2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji cili besar (dipotong serong)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
  • 10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
  • sedikit gula
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih
  • sedikit minyak
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
  3. Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
  4. Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering.  Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
  5. Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
  6. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang...

RESEPI SAMBAL TUMIS PETAI UDANG

SAMBAL PETAI UDANG

Bahan kisar: Bawang besar,cili kering, belacan.

Bahan lain: udang sederhana besar, petai dipotong-potong,pes asam jawa,garam,gula,
air,bawang putih dan minyak masak.

Inilah rupa bahan kisar tadi.

Langkah pertama : Tumiskan bawang putih yang dimayang kedalam sedikit minyak yang dipanaskan.

Langkah kedua Setelah bawang kuning, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga 'pecah minyak' (minyak timbul dipermukaan bahan masakan tadi.

Langkah ketiga : masukkan sedikit gula (kalau +-20bj cili kering boleh gunakan +-1 sudu besar gula) @ mengikut selera anda. Ingat...kurang manis dalam masakan!!!

              PETUA : Dengan memasukkan gula dalam keadaan 'pecah minyak' tadi, adunan cili akan menjadi merah pekat dan lebih menarik warnanya.

Langkah keempat masukkan air, garam dan pes asam jawa. Lepas tu masukkan potongan petai tadi. Setelah petai agak empuk baru masukkan udang.  Jika mahu sedikit pekat, kurangkan kuantiti air...Setelah udang masak bolehlah dihidangkan... 
Mudahkan... kalau anda suka santan boleh gantikan dengan air.

RESEPI SIAKAP KUKUS

SIAKAP KUKUS 


Inilah rupanya semasa hendak dikukus...

 Kalau order kat kedai Thai Seafood boleh tahan juga harga Siakap Kukus (Steam) ni kan?  Dah ramai kawan2 saya mencuba resepi yang saya beri dan mereka sangat puas hati sebab tak payah berbelanja banyak nak penuhi selera anak2.  Andapun boleh membuatnya sendiri. Terlalu senang...

BAHANNYA:-
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana (dibersihkan dan direndam air limau sebentar untuk hilangkan hanyirnya. Anda boleh memotongnya atau dibiarkan seekor bergantung pada bekas yg akan digunakan nanti)
  • * Halia muda (hiris nipis)
  • * Bawang besar ( hiris nipis)
  • * Bawang putih ( dicincang halus2)
  • * Cili Padi (dikelar2, kalau tak nak pedas sgt blh gantikan dengan lada sulah)
  • * Daun sup/ketumbar dan daun bawang (dipotong pendek)
  • * Daun limau purut ( dicarik2kan)
  • * Beberapa batang serai ( dipotong serong dan pendek2)
  • item bertanda * bergantung kepada anda kuantitinya. Anda boleh letak lebih mana yang anda suka.
  • sedikit air (jika mahu lebih kuah perlu lebih air)
  • air limau secukupnya
  • 1 - 2 sudu besar serbuk / kiub pati ayam
CARANYA:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukus sementara menyediakan ikan dan bahan2 di dalam bekas.
  2. Lapiskan bahagian bawah bekas kukusan dengan bahan2 diatas kecuali bahan cecair dan serbuk pati ayam.
  3. Letakkan ikan diatas lapis pertama bahan2 tersebut dan ambil serba sedikit bahan potong tadi dan isi pada celah2 perut dan kepala ikan.
  4. Taburkan lebihan bahan2 yang dipotong tadi keatas ikan.
  5. Masukkan sedikit air untuk kuah dan air limau secukupnya. Taburkan serbuk pati ayam dan kukus bila air (1) tadi mendidih. Kukus hingga isi ikan masak dan siappppp....
TIPS:
  1. Jika anda mahu kuah lebih, perlu lebihkan air. Maka sebaik2nya bahan rencah yang dipotong serta air limau dan serbuk  pati ayam juga perlu dilebihkan.
  2. Tidak perlu memasukkan garam kerana rasa air kukusan itu nanti sudah cukup citarasanya.
  3. Boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri, ikan sebelah, ikan bawal dan sebarang ikan yang isinya halus.
  4. Boleh juga diubahsuai dengan perasa tomyam. Cuma masukkan 1 - 2 sudu paste tomyam tanpa mengubah sukatan bahan2 lain.
  5. Guna halia muda untuk mendapatkan bau yang wangi serta rasa yang lebih sedap.


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN


ASAM PEDAS IKAN PATIN

BAHANNYA:
  • Seekor ikan patin (dibersihkan, direndam air perahan limau dan dipotong kepingan)


Bahan Kisar : Bawang besar, lada hitam, serai, belacan dan cili kering
Bahan campak-campak: daun kesum, daun limau purut, bunga kantan dan hirisan bawang besar

  • 1-2 ulas bawang besar
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • 10 tangkai cili kering (ikut citarasa anda)
  • 1 inci belacan (saya tidak suka belacan yang dibakar)
  • 1 batang serai
  • beberapa tangkai daun kesum
  • setangkai bunga kantan dibelah 2 @ 4
  • hirisan bawang besar
  • air secukupnya
  • pes asam jawa
  • garam
  • serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
  • seulas bawang putih dimayang
CARANYA:-
  1. Kisar bahan2 seperti bawang, cili kering, serai, belacan dan lada hitam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan pula 'bahan-bahan campak' seperti hirisan bawang, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut dan kacau rata.
  4. Setelah bahan pecah minyak, masukkan air asam jawa (pes asam jawa yang dicampur dengan air secukupnya). Masukkan serbuk perasa dan garam.
  5. Akhir sekali masukkan kepingan ikan patin dan tunggu hingga didih. Sedia untuk dihidang. Mudahnyaa...

Friday, March 23, 2018

RESEPI MASAK LEMAK CENDAWAN KUKUR (KULAT SISIR)


Bahan-bahan
  1. Cendawan Kukur
  2. Nanas
  3. Santan
  4. Udang besar
  5. Halia
  6. Serai
  7. Cili api
  8. Garam
  9. Serbuk kunyit
  10. Asam keping
  11. Daun kunyit
Cara-cara memasak
  1. Kisar halia, cili api dan serai
  2. Masukkan bahan2 tadi ke dalam periuk.
  3. Campurkan cendawan kukur, nanas, udang dan santan ke dalam periuk.
  4. Jerangkan di atas dapur.
  5. Letakkan daun kunyit, serbuk kunyit, asam keping dan garam secukup rasa.
  6. Renihkan sehingga naik minyak.
  7. Selepas naik minyak, padamkan api dapur.
  8. Apa tunggu lagi… makan lerr… ðŸ˜‰